Friday, 2 November 2012

AMANAT AKHIR PENULIS MENJELANG SPM 2012....(2)



AMANAT AKHIR BAHASA MELAYU KERTAS 2 MENJELANG SPM 2012

SOALAN 1 – RUMUSAN

Masa yang dicadangkan adalah selama 35 minit
Baca arahan soalan dengan teliti
Kenal pasti elemen tersurat dan elemen tersirat dalam arahan soalan dan gariskan
Baca petikan sepintas lalu untuk mengetahui idea keseluruhan
Baca petikan semula ayat demi ayat dan gariskan ayat yang merujuk elemen tersurat
Ubah satu atau dua perkataan dalam elemen tersurat dan tanda bilangan patah perkataan
Tulis rumusan dalam 4 perenggan
Pendahuluan berdasarkan elemen tersurat dan ubah kata kunci elemen tersurat serta tambah farasa di hujung
Isi tersurat minimum 2 maksimum 6
Isi tersirat minimum 2 maksimum 6
Penutup berbentuk cadangan daripada satu-satu pihak dan ada kesan daripada cadangan tersebut


Contoh jawapan rumusan yang dicadangkan

Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja.

Antara sebab berlakunya tekanan mental ialah remaja datang daripada keluarga bermasalah serta ibu bapa yang terlalu menekankan akademik. Selain penderaan secara fizikal dan mental, tekanan mental juga berpunca daripada kehidupan yang mewah tetapi kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada keluarga. Seterusnya, tekanan mental berlaku apabila seseorang yang disayangi meninggal dunia dan tekanan juga berlaku akibat perceraian ibu bapa. Akhir sekali, sejarah keturunan keluarga  turut menjadi punca.

langkah-langkah untuk mengatasi tekanan mental ialah seseorang perlu mendekatkan diri kepada tuhan supaya jiwa menjadi tenang dan berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan bimbingan serta rawatan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mendekati dan menyelesaikan masalah anak-anak supaya tekanan yang ditanggung dapat diringankan.

(120 patah perkataan)


SOALAN 2 – PEMAHAMAN

Masa yang dicadangkan adalah selama 50 minit
Jawapan maksud rangkai kata ialah calon perlu mengubah setiap perkataan, mengikut konteks ayat dalam petikan dan tepat
Tidak perlu salin rangkai kata dalam soalan
Aspek-aspek komsas yang biasa ditanya dalam soalan pemahaman ialah tema, persoalan, latar, watak & perwatakan, nila dan pengajaran.
Kenal pasti kata kunci soalan, sama ada Nyatakan atau Jelaskan/ Huraikan dll. Kata kunci jelaskan/ huraikan perlu disertakan dengan contoh peristiwa
Jawapan berdasarkan teks hendaklah menepati tugasan, lengkap, isi cukup dan ayat gramatis
Salin sebahagian daripada soalan dan kemudian sambung dengan jawapan, jangan buat bentuk poin
Jawapan berdasarkan KBKK hendaklah tepat, jelas, isi mencukupi, ayat gramatis, logik dan pemikiran positif
Tulis beberapa ayat bagi jawapan berdasarkan teks dan KBKK, markah di hujung menggambarkan bilangan isi yang perlu dikemukakan
Antara ayat gunakan penanda wacana
Jawapan hendaklah menggunakan ayat gramatis

Bentuk soalan pemahaman

2(a) – Petikan umum (petikan rumusan) – 3 soalan (9 markah)
i.                     memberikan maksud rangkai kata – tepat, mengikut konteks
ii.                    mengambil jawapan dalam teks rumusan- menepati tugasan, lengkap, isi cukup, ayat gramatis
iii.                  KBKK - mengemukakan idea sendiri – menepati tugasan, lengkap, jelas, isi cukup, ayat gramatis, pemikiran diterima umum
2(b) – Petikan moden (cerpen/drama) – 3 soalan (9 markah)
i.                     memberikan maksud rangkai kata/ mengambil jawapan dalam teks – tepat dan mengikut konteks
ii.                    KBKK – mengemukakan idea sendiri - menepati tugasan, lengkap, jelas, isi cukup, ayat gramatis, pemikiran diterima umum
iii.                  Komsas – aspek komsas dalam teks dan keseluruhan cerpen/drama – menepati tugasan, lengkap, jelas, isi cukup dan ayat gramatis

2(c) – Petikan klasik – 3 soalan (8 markah)
i.                     memberikan maksud rangkai kata – tepat dan mengikut konteks
ii.                    mengambil jawapan dalam teks – menepati tugasan, lengkap, isi cukup, ayat gramatis
iii.                  KBKK – mengemukakan idea sendiri - menepati tugasan, lengkap, jelas, isi cukup, ayat gramatis, pemikiran diterima umum

2(d) – Petikan puisi (sajak/puisi tradisional) – 3 soalan (9 markah)
i.                     memberikan maksud rangkai kata/ mengambil jawapan dalam teks – tepat dan mengikut konteks
ii.                    KBKK – mengemukakan idea sendiri - menepati tugasan, lengkap, jelas, isi cukup, ayat gramatis, pemikiran diterima umum
iii.                  Komsas – aspek komsas dalam puisi tradisional/ sajak - aspek komsas dalam teks dan keseluruhan cerpen/drama – menepati tugasan, lengkap, jelas, isi cukup dan ayat gramatis


Contoh jawapan pemahaman yang dicadangkan

Contoh jawapan memberikan maksud rangkai kata

i.                     Maksud rangkai kata tersebut ialah mendapatkan kaedah yang paling sempurna

Contoh jawapan pemahaman berdasarkan teks

i.                     Reaksi Hakimah setelah mendengar kata-kata Mir berdasarkan petikan di atas ialah mengeluh dan memeluk bahu Mir. Selain itu, Hakimah terasa seperti ada kengiluan mengalir dalam dirinya dan memikirkan bahawa Mir harus diselamatkan.

Contoh jawapan KBKK

ii.                    Pada pendapat saya, usaha-usaha untuk menjadikan tasik sebagai pusat pelancongan ialah kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas seperti tandas, masjid dan jalan yang sempurna agar pengunjung berasa selesa apabila datang ke situ. Selain itu, pokok-pokok hiasan perlu ditanam di sekeliling tasik supaya suasana menjadi damai dan mengasyikkan pengunjung. Usaha lain ialah kemudahan rekreasi dan taman permainan kanak-kanak perlu disediakan supaya pengunjung boleh beriadah di situ bersama-sama keluarga.

Contoh jawapan aspek komsas

iii.                  Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah generasi sekarang tidak boleh leka dengan kemajuan yang dikecapi kini kerana kemajuan tersebut adalah usaha generasi terdahulu. Pengajaran lain ialah kita hendaklah merebut setiap peluang yang terhidang kerana peluang tersebut akan diambil oleh orang lain jika kita leka. Selain itu, kita hendaklah bersaing dengan bangsa lain jika tidak ingin melihat bangsa kita terus ketinggalan dalam arus perdana.

               

SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Masa yang dicadangkan adalah 40 minit
Jawab semua soalan. Jangan tinggalkan jawapan anda.

3 (a) membina ayat

Baca arahan soalan dengan teliti
Pastikan sama ada perkataan atau pasangan kata
Kalau pasangan kata, bina 6 ayat juga
Elakkan membina ayat tunggal, sebaik-baiknya binalah ayat majmuk
Bagi kata tunggal, sebaik-baiknya bina ayat ajuk atau ayat pasif pertama dan kedua
Jaga kesalahan ejaan dan tatabahasa
Ayat hendaklah gramatis – ada subjek dan predikat

3 (b) analisis ayat

Kuasai aspek-aspek berikut;

- menukar cakap ajuk kepada cakap pindah
- menukar cakap pindah kepada cakap ajuk
- menukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang
- menukar ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa
- menukar ayat aktif kepada ayat pasif
- menukar ayat pasif kepada ayat aktif
- memisahkan ayat majmuk kepada ayat tunggal
- menggabungkan ayat tunggal kepada 3 ayat majmuk
- mengklasifikasikan ayat mengikut jenis
- mengklasifikasikan ayat mengikut subjek dan predikat
- mengenal pasti ayat mengikut frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa adjektif dll

3 (c) membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

Baca arahan soalan dengan teliti
Kenal pasti sama ada anda diminta menyalin semula ayat atau tidak
Kalau perlu menyalin semula, anda mesti salin kerana kalau tidak markah separuh akan diberikan
Kalau tidak perlu menyalin semula, jangan salin untuk menjimatkan masa. Anda hanya perlu tulis ’kesalahan’ dan ’pembetulan’
Kalau bentuk ayat, setiap ayat mempunyai 2 kesalahan iaitu 1 kesalahan ejaan dan 1 kesalahan imbuhan
Kalau dalam petikan/ perenggan, anda perlu mencari 3 kesalahan imbuhan dan 3 kesalahan ejaan
Perkataan yang dibetulkan tidak boleh ditulis dengan menggunakan huruf besar pada pangkalnya kecuali perkataan tersebut sudah terletak pada permulaan ayat

3 (d) membetulkan kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa

Baca arahan soalan dengan teliti
Kenal pasti sama ada anda diminta menyalin semula ayat atau tidak
Kalau perlu menyalin semula, anda mesti salin kerana kalau tidak markah separuh akan diberikan
Kalau tidak perlu menyalin semula, jangan salin untuk menjimatkan masa. Anda hanya perlu tulis ’kesalahan’ dan ’pembetulan’
Kalau bentuk ayat, setiap ayat mempunyai 2 kesalahan iaitu 1 kesalahan kata/istilah dan 1 kesalahan bahasa
Kalau dalam petikan/ perenggan, anda perlu mencari 3 kesalahan kata/istilah dan 3 kesalahan bahasa

3 (e) peribahasa

Ingat peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5
Jangan kemukakan Simpulan Bahasa
Peribahasa meliputi perumpamaan, bidalan, pepatah, kata-kata hikmat, cogan kata
Peribahasa yang diberikan hendaklah tepat dan lengkap
Jangan kemukakan banyak peribahasa untuk satu-satu situasi

Kuasai bentuk-bentuk soalan berikut;

-           memberi maksud peribahasa yang diberi
-           mengemukakan peribahasa lain yang sama/hampir sama dengan peribahasa yang diberi
-           menyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi berbeza
-           mengisi peribahasa yang sesuai dalam ruangan tempat kosong dalam ayat
-           membina ayat menggunakan peribahasa yang diberi
-           menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi ayat yang diberi
-           menulis cerita lengkap menggunakan mana-mana 3 peribahasa daripada 6 peribahasa yang diberi dll



SOALAN 4 – NOVEL

Masa yang dicadangkan adalah 20 minit
2 soalan dikemukakan.
Baca dengan teliti setiap soalan
Garisi kata kunci soalan
Biasanya soalan 4(a) berbentuk KBKK. Soalan ini memerlukan anda mengemukakan alasan terhadap pernyataan yang diberi. Jawapan anda mesti ada PERNYATAAN dan HURAIAN PERISTIWA
Biasanya soalan 4(b) berbentuk aspek komsas. Jawapan anda mesti ada PERNYATAAN dan HURAIAN PERISTIWA
Huraian peristiwa mesti berdasarkan peristiwa sebenar dalam novel. Fakta mesti tepat
Soalan ’Huraikan’, ’Jelaskan’, ’Terangkan’ perlu disusuli dengan pernyataan dahulu kemudian kemukakan huraian peristiwa.
Soalan 4 (a) biasanya berdasarkan satu novel yang dipelajari manakala soalan 4 (b) berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari
Soalan 4 (a) menawarkan 7 markah, iaitu 4 markah isi dan 3 markah bahasa. Calon pelu mengemukakan 2 pernyataan dan 2 peristiwa. Bagi soalan 4 (b) markah yang ditawarkan adalah 8 markah, iaitu 6 markah isi dan 2 markah bahasa. Jika perbandingan, calon perlu mengemukakan 2 pernyataan dan 2 peristiwa daripada setiap novel.
Penulis menasihatkan calon supaya mengemukakan jawapan lebih sebagai persiapan jika ada mana-mana pernyataan yang salah.
Kuasai aspek-aspek komsas dalam novel seperti biodata pengarang, sinopsis, tema, persoalan, plot, watak & perwatakan, latar, teknik penceritaan/ teknik plot, gaya bahasa, sudut pandangan, nilai dan pengajaran.


(PENULIS MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI SPM 2012. SEMOGA BEROLEH KECEMERLANGAN A+ DALAM BAHASA MELAYU)





No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...