Friday, 9 November 2012

ANALISIS BAHASA MELAYU SPM 2012.....(5)


BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2012

BAHAGIAN B (KARANGAN RESPONS TERBUKA)


Soalan 1 – dimensi diri

Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.


Tema – program motivasi di sekolah

Tugasan – faedah-faedah menyertai program motivasi

Idea-idea;

1.       dapat meningkatkan semangat untuk belajar
2.       dapat mengembangkan bakat yang terpendam
3.       dapat menonjolkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri
4.       dapat mencergaskan fizikal dan mental
5.       dapat memupuk nilai kerjasama dan perpaduan
6.       dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
7.       dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
8.       dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi



Soalan 2 – dimensi keluarga/masyarakat

Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini.

Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama’.

Tulis rencana itu selengkapnya.


Tema – kebersihan kawasan persekitaran

Tugasan – tanggungjawab pelbagai pihak dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran

Format – tajuk dan penulis

Idea-idea;

1.       Pihak kerajaan – menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih tegas
2.       Pihak kerajaan – menganjurkan kempen menjaga kebersihan kawasan persekitaran melalui media massa
3.       Pihak masyarakat – menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan di kampong atau taman perumahan
4.       Pihak masyarakat – tidak membuang sampah merata-rata
5.       Pihak sekolah – mendidik murid-murid menjaga kebersihan sejak bangku sekolah rendah lagi
6.       Pihak sekolah – menyediakan tong kitar semula dan menggalakkan murid-murid menggunakannya
7.       Pihak ibu bapa – menjadi suri teladan kepada anak-anak
8.       Pihak ibu bapa – menasihati anak-anak mengenai kepentingan menjaga kesihatan
9.       Pihak media massa – sering menyiarkan kepentingan menjaga kawasan persekitaran kepada masyarakat




Soalan 3 – dimensi negara

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.


Tema – bahasa kebangsaan

Tugasan – kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita

Idea-idea;

1.       sebagai medium untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita
2.       sebagai lambang sebuah negara yang berdaulat
3.       sebagai alat untuk berkomunikasi antara masyarakat pelbagai kaum
4.       sebagai bahasa ilmu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan pusat pengajian tinggi
5.       dapat menonjolkan imej negara di peringkat antarabangsa
6.       dapat mengukuhkan identiti sesebuah bangsa
7.       dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau yang menggunakan bahasa Melayu




Soalan 4 – dimensi antarabangsa

Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.

Tema – produk makanan halal Malaysia

Tugasan – kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal

Idea-idea;

1.       dapat menjual nama Malaysia di pentas antarabangsa
2.       dapat meningkatkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing
3.       dapat meningkatkan ekonomi negara apabila produk makanan halal dieksport ke luar negara
4.       dapat menarik pelancong asing menerusi persidangan antarabangsa mengenai produk makanan halal yang diadakan di Malaysia
5.       dapat memajukan industri makanan halal negara
6.       dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
7.       dapat meningkatkan kesihatan masyarakat menerusi makanan halal yang bersih dan berkualiti




Soalan 5 – komsas

Peribahasa ‘Air dicincang tidak akan putus’ bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.


Tema – cerita berdasarkan peribahasa ‘air dicincang tidak akan putus’

Tugasan – menulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa ‘air dicincang tidak akan putus’

Idea-idea;

1.       permulaan
2.       perkembangan
3.       perumitan
4.       klimaks
5.       peleraian


(Penulis membina rangka ini berdasarkan soalan peperiksaan bahasa Melayu SPM 2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...