KARANGAN BAHAGIAN A
Gambar
rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Tema – menyayangi sekolah
Tugasan soalan – cara-cara menyayangi
sekolah
Idea
i.
Memelihara harta benda sekolah
ii.
Mematuhi peraturan sekolah
iii.
Kecemerlangan akademik
iv.
Pencapaian kokurikulum
Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk
menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu
menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan
aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang
berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi
yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika murid-murid
menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada pendapat saya,
pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah.
Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah
jika mereka memelihara harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti
meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga
dengan baik. Murid-murid tidak boleh merosakkan harta benda yang disediakan
kerana harta benda ini merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama
dengan murid-murid lain. Secara analoginya, mereka perlu menjaga dan menyayangi
harta benda sekolah seperti menyayangi harta benda sendiri ibarat menatang
minyak yang penuh. Jangan sesekali melakukan vandalisme terhadap harta benda
sekolah kerana kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki
kerosakan tersebut. Sebagai buktinya, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan
Sri Abdul Ghafar Mahmud telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa
membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan
harta benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana peruntukan
tersebut sepatutnya boleh disalur untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid
agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga
harta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh
murid sebagai tanda mereka menyayangi sekolah.
Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa
sayang akan sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Murid-murid perlu
mematuhi peraturan sekolah kerana peraturan yang disediakan adalah untuk
mendidik mereka supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Mereka
tidak boleh menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah
untuk menyekat kebebasan mereka sebagai orang muda. Jangan sesekali mengatakan
peraturan sekolah itu adalah untuk menyekat jiwa remaja mereka daripada
melakukan sesuatu yang mampu memenuhi tuntutan remaja. Mereka perlu menganggap
peraturan yang disediakan adalah untuk membina jati diri murid supaya mampu
mendepani cabaran apabila keluar daripada institusi persekolahan nanti. Saya
berpendapat sedemikian kerana peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah
sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid dan mengelakkan mereka
terlibat dengan salah saku disiplin sehingga boleh menjejaskan proses
pembelajaran mereka di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar
di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti
gantung persekolahan atau buang sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi
peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa
sayang pada sekolah.
Di samping itu, menunjukkan kecemerlangan akademik
juga merupakan cara yang boleh dilakukan sebagai usaha menyayangi sekolah. Murid-murid
perlu menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan dalam akademik sama ada
di peringkat negeri atau kebangsaan. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh
kerana kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah
pada kaca mata komuniti. Mereka perlu
berbangga jika mereka berjaya dengan cemerlang, sekolah lain akan datang
melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi,
sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang
diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape
Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah
menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas
antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku
Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia
(USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan cara menunjukkan
kecemerlangan dalam akademik.
Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap
sekolah mereka. Mereka perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah
tempat mereka menimba ilmu dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat
murid-murid mengaut pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas
menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi
seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah bermula daripada
seorang guru sekolah.
(Karangan
penulis ini berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2013)
wow bravo
ReplyDeletewow bravo
ReplyDeletejika jumlah patah perkataan melebihi 250 ?
ReplyDeletetdo
Deletewalaupun sudah 7 tahun berlalu, tetapi ilmu ini sangat berguna kepada saya, terima kasih!
ReplyDeletemcm lebih 250 je cikgu
ReplyDeletetapi karangan ni bravooooo
ReplyDeleteBravoooo
ReplyDeleteMmg gempokla geng
ReplyDelete