Saturday, 4 April 2020

ASPEK KOMSAS GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)


ASPEK KOMSAS GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN
TEMA
Nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti
Penyair menasihati murid supaya menjaga anggota badan seperti mata, telinga, lidah, tangan, hati dan kaki daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat






PERSOALAN
Tanggungjawab menjaga anggota badan
Kita bertanggungjawab menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang boleh membawa kerugian
Kesungguhan menjaga anggota badan
Anggota tangan perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh daripada melakukan perbuatan yang jahat
Kepentingan menjaga anggota badan
Hati perlu dijaga dengan baik kerana ramai orang akan tersungkur jika tidak menjaganya
Manfaat mengawal makan
Jika makan terlalu kenyang banyak perkara tidak sopan akan berlaku
Faedah menjaga pertuturan
Banyak faedah akan diperoleh jika menjaga percakapan





NILAI
Tanggungjawab
Kita bertanggungjawab menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang boleh membawa kerugian
Kegigihan
Anggota tangan perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh daripada melakukan perbuatan yang jahat
Rasional
Hati perlu dijaga dengan baik kerana ramai orang akan tersungkur jika tidak menjaganya
Kesopanan
Jika makan terlalu kenyang banyak perkara tidak sopan akan berlaku
Hormat-menghormati
Banyak faedah akan diperoleh jika menjaga percakapan dengan orang








PENGAJARAN
Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga anggota badan dan hati
Kita bertanggungjawab menjaga anggota badan dan hati daripada melakukan perkara yang boleh membawa kerugian
Kita hendaklah gigih menjaga anggota badan daripada segala perbuatan
Anggota tangan perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh daripada melakukan perbuatan yang jahat
Kita hendaklah bersikap rasional sebelum membuat sesuatu perkara
Hati perlu dijaga dengan baik kerana ramai orang akan tersungkur jika tidak bersikap rasional
Kita hendaklah menjaga adab ketika makan supaya kelakuan tidak sopan dapat dielakkan
Jika makan terlalu kenyang banyak perkara tidak sopan akan berlaku
Kita hendaklah menghormati orang lain ketika bercakap supaya terelak perkara buruk
Banyak faedah akan diperoleh jika menjaga percakapan dengan orang
GAYA BAHASA
Inversi
Bersungguh-sungguh engkau memelihara anggota tanga
Bahasa Arab
fiil


BENTUK
Rangkap
7 rangkap
Baris
2 baris serangkap
Perkataan
2 hingga 6 patah perkataan sebaris
Suku kata
8 hingga 15 suku kata sebaris
Rima
aa




ASPEK KOMSAS SYAIR BIDASARI


ASPEK KOMSAS SYAIR BIDASARI

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN
TEMA
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara
Raja Negeri Kembayat menghadapi serangan Gurda sehingga negeri Baginda musnah sama sekali dan Baginda terpaksa turun takhta






PERSOALAN
Tanggungjawab seorang pemerintah
Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab sepanjang pemerintahannya sehingga rakyat tidak pernah menghadapi kesusahan
Musibah yang tidak dijangka
Raja Negeri Kembayat tidak menjangka akan menghadapi serangan Gurda kerana sepanjang pemerintahannya tidak berhadapan dengan sebarang musibah
Kasih sayang dalam hubungan suami isteri
Baginda amat menyayangi permaisuri yang telah hamil setelah beberapa bulan berkahwin
Kesan buruk musibah yang berlaku
Serangan Gurda telah menyebabkan negeri Kembayat musnah, rakyat gundah dan Raja turun takhta
Kerjasama menghadapi situasi genting
Raja Negeri Kembayat berbincang dengan pembesar mengenai cara untuk menangani serangan Gurda





NILAI
Tanggungjawab
Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab sepanjang pemerintahannya sehingga rakyat tidak pernah menghadapi kesusahan
Kasih sayang
Baginda amat menyayangi permaisuri yang telah hamil setelah beberapa bulan berkahwin
keadilan
Raja Negeri Kembayat melayan semua orang termasuk pedagang dengan adil
Kerjasama
Raja Negeri Kembayat berbincang dengan pembesar mengenai cara untuk menangani serangan Gurda
kebijaksanaan
Raja negeri Kembayat seorang yang bijaksana dalam pemerintahan sehingga Baginda tidak beroleh kedukaan








PENGAJARAN
Kita hendaklah bertanggungjawab semasa memerintah supaya rakyat hidup dengan harmoni
Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab sepanjang pemerintahannya sehingga rakyat tidak pernah menghadapi kesusahan
Suami hendaklah menyayangi isteri supaya hubungan menjadi bahagia
Baginda amat menyayangi permaisuri yang telah hamil setelah beberapa bulan berkahwin
Kita hendaklah melayan semua orang dengan adil supaya mereka rasa dihargai
Raja Negeri Kembayat melayan semua orang termasuk pedagang dengan adil
Kita hendaklah bekerjasama menghadapi situasi yang genting supaya maslaah dapat ditangani
Raja Negeri Kembayat berbincang dengan pembesar mengenai cara untuk menangani serangan Gurda
Seorang pemerintah hendaklah bijak memerintah supaya negara aman makmur
Raja negeri Kembayat seorang yang bijaksana dalam pemerintahan sehingga Baginda tidak beroleh kedukaan
GAYA BAHASA
Kata-kata klasik
Akas, ngadil, gurda, bahari
Bahasa Arab
Halifah, tamsil
Bahasa istana
Baginda, permaisuri, bertitah, sultan


BENTUK
Rangkap
8 rangkap
Baris
4 baris serangkap
Perkataan
4 hingga 5 patah perkataan sebaris
Suku kata
8 hingga 12 suku kata sebaris
Rima
aaaa

Thursday, 2 April 2020

MAKSUD SAJAK GELANGGANG


GELANGGANG
Oleh Onn Malini

SAJAK
MAKSUD
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaun untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.


Penyajak menyatakan bahawa inilah tanah air kita
Yang diwarisi daripada pejuang-pejuang
Nenek moyang kita lebih lima dekad yang lalu
Ianya terbina daripada kesepakatan kaum
Tanah air ini dibina untuk diwariskan kepada anak cucu pada masa hadapan

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.


Hari ni penyajak menyatakan kitalah yang menjadi pewaris tanah air ini yang terbina daripada titik peluh dan air mata
Tanah air kita ini menjadi aman, makmur dan rakyat bersatu padu
Penyajak mengajak supaya kita menjaga tanah air ini sebaik mungkin
Penyajak mengajak kita mempertahankan kedaulatan negara kita ini daripada perbuatan jahat
Kerana tanah air kita ini terbina daripada perpaduan pelbagai kaum

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.


Para pejuang tanah air perlu berani berjuang
Untuk menepis kata-kata cacian
Demi mempertahankan maruah tanah air kita yang suci ini
Suara-suara yang menghina
Dan memperlekehkan negara sehingga tersentuh hati hendaklah kita buang jauh-jauh tanpa tolak ansur daripada menggugat tanah air kita
Jangan sesekali kita melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahan
Kerana kelak akan memusnahkan diri
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri

Penyajak menyeru supaya para pejuang yang setia
Mengukuhkan hubungan
Dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat


Penyajak menyatakan bahawa kitalah yang menjadi pewaris kekal untuk menjunjung maruah negara sebagai amanah yang perlu dipikul
Supaya terus cemerlang di pentas antarabangsa
Dan terus memacu kejayaan demi mengangkat maruah diri
Penyajak mengajak kita membina sebuah negara yang harmoni dan dihormati
Penyajak mengajak supaya kita menjunjung dan patuh kepada negara sehingga penghujung usia


MAKSUD SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY


Oleh : Abdul Ghafar Ibrahim

SAJAK
MAKSUD
Dalam kebun diriku
     aku tanam saujana rancangan
     untuk memerdekakan warga susahku
     hidup menentang senja dan malam.

Penyajak menganggap dirinya seperti kebun
Penyajak membuat perancangan jangka panjang
Untuk membebaskan dirinya daripada kesusahan
dan sentiasa menempuh pelbagai cabaran
Dalam parlimen diriku
     aku bahas isu onak dan enak
     untukku merdekakan warga fikirku
     mengelak hidup dikotak-katikkan.

Penyajak menganggap dirinya seperti parlimen
Membincangkan pelbagai perkara yang membelenggu
Supaya pemikirannya menjadi lebih terbuka
Bagi menghalang hidupnya daripada dipermain-mainkan

Dalam laut diriku
     ombak gelora menampar pantai aman
     untuk menguji amal dan iman.
Penyajak menganggap dirinya seperti laut
Sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran
Sehingga teruji keimanan dan amalan

Dalam gergasi diriku
     terpedaya jua oleh permainan si kancil
     namun sempat sedar dan beringat lagi.
Penyajak menganggap dirinya kuat
Tetapi terpedaya juga oleh helah orang yang kecil
Namun penyajak cepat sedar akan helah itu dan cuba menjadikannya sebagai pengajaran

Dalam pentas diriku
     aku berlatih menangkis angin
     aku berlatih memunggah awan
     menghayati skrip demi skrip
     yang tak diduga klimaksnya.

Penyajak menganggap dirinya seperti pentas
Penyajak berusaha menongkah cabaran
Penyajak berusaha menggapai impian
Penyajak menghayati setiap peristiwa yang berlaku
Kadang-kadang penyajak tidak sedar peristiwa itu adalah kemuncak hidupnya

Dalam dewan diriku
     aku tak cemas lagi
     oleh kata yang mengekang
     aku tak lemas lagi
     oleh kata yang menyerang

Penyajak menganggap dirinya seperti dewan
Penyajak tidak gusar lagi
Dengan kata-kata yang boleh menghalang
Penyajak tidak tenggelam lagi
Dengan kata-kata yang menghina
Apabila sibermerdeka sampai
     ke rumah cabaranku
     aku panggil diriku bermesyuarah
     menyokong, berkecuali atau menentang
     aku ambil keputusan
     waktu itu aku kenal batas diri
     untuk tidak mengulangi kekalahan.

Apabila arus globalisasi tiba
Ke dalam kehidupan penyajak yang mencabar
Penyajak mengajak dirinya berbincang
Untuk bersetuju, berkecuali atau menolak
Penyajak telah membuat keputusan
Pada masa itu penyajak mengenali keterhadan dirinya
Penyajak tidak akan menyerah kalah
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
     aku turun darinya menghadapi hidup nyata
     peristiwa datang peristiwa pergi
     bagai siang memanggil malam
     dan sibermerdeka terus berkaca
     terus mengalirkan arus ingatan
     elakkan dirimu menjadi sia-sia
     hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Kini penyajak telah berusia
Penyajak cuba berhadapan dengan kehidupan realiti
Peristiwa yang membelenggu diri penyajak akan silih berganti
Sepeti perubahan siang dan malam
Arus globalisasi terus bertapak
Dalam kehidupan manusia sebagai peringatan
Penyajak mengajak supaya kita mengelakkan diri daripada perkara yang tidak berfaedah
Penyajak mengajak supaya kita mendekatkan diri dengan Tuhan




Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM