Penulis ingin memberi pandangan mengenai tragedi yang meragut banyak nyawa kanak-kanak dan pelajar sekolah kerana lemas di pantai. Banyak kejadian yang menyayat hati sejak kebelakangan ini apabila kejadian demi kejadian lemas berlaku di Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga meragut banyak nyawa. Penulis merasakan sudah tiba masanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang proaktif untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Penulis memohon pihak PBT supaya meletakkan papan tanda untuk mengingatkan para pengunjung supaya tidak mandi ditempat yang ditandakan. Pada masa yang sama, pihak tersebut perlu bekerjasama dengan pengawal pantai supaya membuat rondaan dan mengingatkan ibu bapa supaya mengelakkan diri daripada tempat-tempat yang berbahaya. Apa yang lebih penting lagi ialah ibu bapa sendiri perlu ada kesedaran kendiri dalam memastikan anak-anak mereka tidak mandi di tempat yang berbahaya. Sudah tiba masanya semua pihak menggembleng tenaga untuk memastikan pengunjung pantai rasa selamat demi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali dan ibu bapa kehilangan orang yang tersayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor...
-
ISU - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia Idea pengangkutan awam mampu mengurangkan ...
No comments:
Post a Comment