Penulis ingin menegur sikap stesen-stesen radio dan televisyen di negara ini yang masih tidak mengambil berat dalam hal penggunaan bahasa Melayu dengan betul. Penulis melihat ada stesen-stesen radio dan televisyen yang menggunakan bahasa rojak secara berleluasa sehingga pendengar dan penonton terpengaruh dan akhirnya perkataan-perkataan yang didengar itu akan digunakan dalam percakapan seharian. Ada penyampai radio yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris ketika bersiaran dan hal ini tidak membantu usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Seruan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan supaya penggunaan bahasa rojak dalam media perlu dikawal bagi memastikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia terus terpelihara perlu dihayati. Stesen-stesen radio dan televisyen perlu ada badan yang mengawal penggunaan bahasa Melayu supaya penyampai-penyampai mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa rojak ketika bersiaran. Jika program yang menggunakan format bahasa Melayu tetapi penyampai radio tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul adalah tidak wajar sama sekali. Kita tidak mahu bahasa Melayu terpinggir di bumi sendiri. DIRGAHAYU BAHASAKU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
Soalan : Huraikan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Contoh jawapan: Novel yang saya kaji ialah novel Sutera D...
-
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji i...
No comments:
Post a Comment