Penulis terpanggil untuk mengemukakan pendapat mengenai saranan supaya sistem pilihan raya dijadikan subjek yang diajar di sekolah untuk pelajar-pelajar menengah atas. Penulis menganggap saranan tersebut amat wajar kerana pendidikan pilihan raya mampu memberi kesedaran kepada golongan muda supaya mendaftar diri sebagai pengundi apabila umur mereka mencapai 21 tahun. Pendidikan pilihan raya juga mampu mendedahkan pelajar tentang sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia dan peranan rakyat dalam menentukan kepemimpinan negara pada masa hadapan. Penulis kecewa apabila terdapat lebih 3.7 juta orang yang layak untuk menjadi pengundi tetapi tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan 23 peratus daripada penduduk yang terdapat di negara kita. Hal ini berlaku kerana mereka tidak menyedari akan kepentingan tugas mereka sebagai pengundi ekoran kesedaran yang rendah dalam diri. Satu undi daripada anda mampu menentukan kepemimpinan negara pada masa hadapan. Daftarlah diri anda sebagai pengundi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor...
-
ISU - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia Idea pengangkutan awam mampu mengurangkan ...
No comments:
Post a Comment