Tuesday 20 December 2011

MU AKHIRI KRISIS KECEDERAAN ..

Masalah kecederaan United reda – Ferguson


Wayne Rooney (kiri) mencatat nama sebagai penjaring ketika Manchester United menang 2-0 ke atas QPR Ahad lalu dan Ferguson berharap prestasi yang sama diteruskan apabila menentang Fulham hari ini. - AGENSI


MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya masalah kecederaan yang melanda kelabnya semakin reda dan bersedia menjelang pertemuan menentang Fulham hari ini.
Separuh daripada saingan Liga Perdana menyaksikan United berdepan dengan masalah kecederaan paling buruk sepanjang 25 tahun Ferguson di Old Trafford.
Rangkaian tengah pasukannya berdepan masalah kecederaan apabila Anderson tidak dapat beraksi selama satu musim kerana kecederaan lutut, Darren Fletcher diberi pelepasan kerana masalah usus dan Tom Cleverley pula cedera buku lali.
Pada bahagian pertahanan, Nemanja Vidic turut tidak dapat beraksi dalam baki saingan musim ini selepas mengalami kecederaan lutut, sementara Rafael bakal kembali selepas mengalami kecederaan bahu.
Bagaimanapun, Ferguson yang juga tidak dapat menurunkan Michael Owen, mendapat khabar gembira dengan kehadiran semula Javier Hernandez dan Dimitar Berbatov dalam skuadnya ketika menang 2-0 ke atas QPR hujung minggu lalu.
Ferguson menangkis cadangan supaya dia menambah pemain dalam skuadnya Januari ini berikutan kehilangan beberapa pemain dan dia berasa masalahnya sekarang sudah selesai.
“Masalah kecederaan ini semakin berkurangan, ia sangat bagus untuk kembali menggunakan khidmat Berbatov dan Hernandez.
“Rafa juga sudah kembali berlatih, dia mungkin akan beraksi dalam pasukan simpanan.
“Bagaimanapun kami lebih gembira jika dapat menggunakan khidmat Anderson dan Cleverly serta beberapa lagi pemain tetapi secara keseluruhannya kami gembira selepas masalah ini semakin reda,” kata Ferguson.
Penyandang juara itu sedang berusaha untuk kembali ke landasan terbaik berebut gelaran juara liga dan cuba untuk mengejar pendahulu, Manchester City, yang akan menanti kunjungan Stoke Rabu ini. – AFP

(Sumber : utusan online - 21/12/2011

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...