Thursday 3 November 2011

ROONEY KEKAL PEMAIN TENGAH..?

Percaturan Fergie tepat



pemain Manchester United, Wayne Rooney (kanan) memainkan peranan besar dalam membantu kemenangan pasukannya ke atas Otelul Galati dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford, kelmarin. United menang 2-0. - AFP



MANCHESTER - Kecemerlangan Wayne Rooney beraksi di posisi tengah mendapat pujian pengurusnya, Alex Ferguson selepas tonggak penyerang itu memimpin Manchester United melakar kemenangan 2-0 ke atas Otelul Galati dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, kelmarin.
United dilanda krisis kecederaan di jentera tengah berikutan ketiadaan Tom Cleverly dan Michael Carrick manakala Anderson dan Darren Fletcher pula masih belum cergas sepenuhnya.
Faktor itu mendorong Ferguson menukar peranan Rooney dari bahagian serangan bagi memperkuatkan jentera tengah dan bintang England itu tetap mampu menyampaikan persembahan memberangsangkan seperti yang diharapkan.
Walaupun Rooney dinafikan gol pada minit ke-87 apabila rembatannya yang tertampan Cristian Sarhi diumumkan sebagai gol sendiri pemain lawan terbabit, Ferguson cukup gembira dengan kelibat anak buahnya itu.
"Saya fikir dia begitu hebat sebagai pemain tengah. Dia sedar rakan-rakan sepasukan yang berada di sekelilingnya dan melakukan hantaran bola yang cukup bagus.
"Dia ialah pemain terbaik kami. Dia menunjukkan kesedaran tinggi bermain di peranan itu. Pilihan hantaran bola amat kemas dan dia juga mempamerkan aksi bertenaga dan kesungguhan tinggi,'' kata Ferguson.

(Sumber : Utusan online - 4/11/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...