Saturday, 28 March 2020

ASPEK KOMSAS SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


ASPEK KOMSAS SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN

TEMA

Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi
Pesanan penyajak kepada anak gadinya agar menjaga maruah diri semasa berada di perantauan





PERSOALAN






Tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak
Kehidupan di kota berbeza dengan kehidupan di kampung


Kerelaan ibu bapa untuk berpisah dengan anak-anak


Cabaran hidup di perantauan/di kota

Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran hidup

Kehidupan di kampus yang penuh dengan pancaroba


Harapan ibu bapa terhadap anak yang belajar di menara gading
Penyajak melepaskan anak gadisnya ke kota untuk menimba ilmu pengetahuan di menara gading
Penyajak mengingatkan bahawa anak gadisnya akan menghadapi suasana yang baru di kota berbanding suasana yang dialaminya di kampung
Penyajak melepaskan anak gadisnya menjalani kehidupan di perantauan untuk mengenali cabaran hidup yang lebih mencabar
Kehidupan di kota penuh dengan cabaran yang kadang-kadang agak menyakitkan
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya mengggunakan pertimbangan yang rasional ketika berhadapan dengan cabaran
Penyajak mengingatkan anak gadisnya bahawa kampus bukan sahaja sarat dengan pelbagai bidang ilmu tetapi juga penuh dengan pancaroba
Penyajak mengharapkan anak gadinya pandai membawa diri dan membawa pulang kejayaan



GAYA BAHASA




Personifikasi
Metafora


Inversi
hiperbola
sihir angin, nafas api
awan perak, kabut dingin,kalimat hujan, bilah petir, awan mulus, kabus dingin, bumantara asing, angina baru
jangan kau pulang
berceracak selumbar noda mengabur fikir
tumbuh gunung ego menghalau pekerti



NILAI




Tanggungjawab


 Rasional


 Kebijaksanaan


Kegigihan


Kasih sayang
Penyajak bertanggungjawab dengan melepaskan anak gadisnya ke kota untuk menimba ilmu pengetahuan di menara gading
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya berhati-hati dengan cabaran hidup di kampus kerana boleh menghakis budi pekerti
Penyajak meminta anak gadisnya supaya bijak menguruskan kehidupan ketika berada di kampus/di kota
Penyajak meminta anak gadinya gigih belajar di kampus sehingga membawa pulang kejayaan
Penyajak memberikan pelbagai nasihat kepada anak gadisnya ketika berada di kampus/kota supaya tidak hanyut dengan cabaran yang boleh menghakis maruah diri





PENGAJARAN





Sebagai  ibu bapa, kita hendaklah memberikan pendidikan sehingga ke tahap tinggi kepada anak-anak supaya masa depannya terjamin
Sebagai ibu bapa kita hendaklah menasihati anak-anak yang ingin belajar di menara gading supaya tidak hanyut dengan cabaran
Kita hendaklah bijak membawa diri ketika berada di perantauan

Kita hendaklah belajar bersunguh-sungguh di menara gading

Kita hendaklah berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan pelbagai masalah
Penyajak sanggup melepaskan anak gadisnya belajar di kampus walaupun cabaran hebat akan ditempuh oleh anaknya demi mencapai kejayaan dalam hidup
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya membuat pertimbangan dengan akal yang waras apabila berhadapan dengan cabaran di kampus
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya pandai membawa diri ketika berada perantauan
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya belajar bersungguh-sungguh agar pulang dengan kejayaan
Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya membuat pertimbangan yang rasional supaya tidak terpengaruh dengan pancaroba di kampus


BENTUK



Bilangan rangkap
Bilangan baris serangkap
Rima akhir

Bilangan patah perkataan sebaris
Bilangan suku kata sebaris
4 rangkap
R1 8 R2 6, R3 6, R4 5
R1 aabcaade R2

3 – 6 patah perkataan
5 – 14 suku kata






ASPEK KOMSAS SAJAK SEJADAH RINDU


ASPEK KOMSAS SAJAK SEJADAH RINDU

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN

TEMA

Ketuhanan serta ketaatan kepada agama
Sajak ini menceritakan rasa insaf seorang insan ketika mengabdikan dirinya kepada tuhan sebelum tiba saat kematiannya





PERSOALAN






Keinsafan atas kesalahan yang lalu

Kesungguhan memohon keampunan Ilahi
Keikhlasan ketika memohon keampunan/bertaubat
Ketaatan kepada Ilahi

Kehidupan manusia tidak akan kekal
Penyesalan yang mendalam tatkala bertaubat
Penyajak melahirkan rasa insaf apabila mengenangkan dosa-dosanya yang lalu
Penyajak mohon supaya dibuka ruang keampunan sebelum dia mati
Penyajak ikhlas menghadap Ilahi memohon keampunan
Penyajak memohon supaya sentiasa taat kepada perintah Ilahi
Penyajak sedar bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara
Penyajak berada di sejadah yang lusuh sambil mengungkapkan kata-kata yang menyentuh kalbu



GAYA BAHASA




Personifikasi
Metafora


Inversi
 hiperbola
Air mata menjadi saksi
sejadah rindu
ruang keampunan
merekah keinsafan
yang taat sentiasa
merekah keinsafan di hati yang beku




NILAI




Keikhlasan

Kesungguhan/kegigihan


Ketaatan

Ketakwaan

Keinsafan

Penyajak begitu ikhlas menghadap Ilahi memohon keampunan
Penyajak bersunguh-sunguh memohon supaya dibuka ruang keampunan sebelum dia mati
Penyajak memohon supaya sentiasa taat kepada perintah Ilahi
Penyajak sedar bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara
Penyajak melahirkan rasa insaf apabila mengenangkan dosa-dosanya yang lalu






PENGAJARAN





Kita hendaklah insaf atas setiap dosa yang dilakukan supaya kita tidak terus bergelumang dengan dosa

Kita hendaklah bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Ilahi supaya taubat kita diterima

Kita hendaklah taat kepada penrintah Ilahi supaya hidup akan mendapat kerahmatan
Kita hendaklah bertakwa kepada Ilahi supaya dapat menjauhkan diri darippada dosa
Penyajak melahirkan rasa insaf apabila mengenangkan dosa-dosanya yang lalu


Penyajak bersunguh-sunguh memohon supaya dibuka ruang keampunan sebelum dia mati

Penyajak memohon supaya sentiasa taat kepada perintah Ilahi

Penyajak sedar bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara menyebabkan penyajak memohon agar sentiasa patuth kepada perintah-Nya



BENTUK



Bilangan rangkap
Bilangan baris serangkap
Rima akhir

Bilangan patah perkataan sebaris
Bilangan suku kata sebaris
5 rangkap
R1 6, R2 6, R3 7, R4 6, R5 6
R1 aaaaaa, R2 bbbbbb, R3cccaccc, R4 dddddd R5 aaaaaa
1 – 5 patah perkataan
3 – 14 suku kata







ASPEK KOMSAS SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU


ASPEK KOMSAS SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN

TEMA

Nilai kesetiaan kepada raja
Kesetiaan empat orang pembesar, pawang raja dan 44 tukang yang mahir untuk menyiapkan sebuah istana dalam tempoh tujuh bulan tanpa henti





PERSOALAN






Kesungguhan/ketekunan melaksanakan tugas yang diamanahkan
Keseniaan/kehalusan seni ukir/ seni bina istana zaman dahulu

 Kebijaksanaan pemerintah mengilhamkan reka bentuk sebuah istana
Kemegahan/kehebatan istana yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain
44 orang tukang yang mahir telah bekerja siang dan malam selama 7 bulan untuk menyiapkan sebuah istana
Istana telah diukir dengan bentuk ular sawa berbunga yang menggelempai dan bertakuk dengan warna kemerah-merahan
Raja bijak mengilhamkan istana kota dengan reka bentuk yang begitu unik

Kehebatan istana yang dibina tidak dapat ditandingi oleh orang lain apabila semua tukang telah maninggal dunia




GAYA BAHASA




Bahasa klasik
Personifikasi
Inversi
Utas, puri, jeragan




NILAI




Kegigihan/ketekunan


Kepatuhan/ketaatan/kesetiaan


Kebijaksanaan

Tanggungjawab


Kasih sayang
44 orang tukang  telah gigih bekerja siang dan malam selama 7 bulan untuk menyiapkan sebuah istana
Pawang Raja dan 44 orang tukang yang mahir patuh pada arahan raja untuk menyiapkan sebuah istana kota
Raja bijak mengilhamkan istana kota dengan reka bentuk yang sangat unik
Tanggungjawab 4 orang pembesar, pawang raja dan 44 orang tukang yang mahir menyiapkan sebuah istana kota
Kasih sayang raja kepada permaisuri dengan membina sebuah kota yang sangat unik




PENGAJARAN





Kita hendaklah gigih melaksanakan tugas yang telah diamanahkan supaya hasilnya memuaskan
Kita hendaklah patuh pada perintah raja supaya hidup manjadi aman

Kita hendaklah bijak membuat reka bentuk supaya tidak dapat ditandingi oleh orang lain
Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan perintah supaya hasil kerja menjadi berkualiti
Seorang suami hendaklah menyayangi isteri supaya hubungan akan berkekalan
44 orang tukang  telah gigih bekerja siang dan malam selama 7 bulan untuk menyiapkan sebuah istana
Pawang Raja dan 44 orang tukang yang mahir patuh pada arahan raja untuk menyiapkan sebuah istana kota
Raja bijak mengilhamkan istana kota dengan reka bentuk yang sangat unik

Tanggungjawab 4 orang pembesar, pawang raja dan 44 orang tukang yang mahir menyiapkan sebuah istana kota
Kasih sayang raja kepada permaisuri dengan membina sebuah kota yang sangat unik



BENTUK



Rangkap
Bilangan baris serangkap
Bilangan patah perkataan sebaris
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir

5 rangkap
6 baris serangkap
3 – 5 patah perkataan sebaris
8 – 13 suku kata sebaris
abcade 



ASPEK KOMSAS GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP


ASPEK KOMSAS GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN

TEMA

Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian
Gurindam ini banyak memaparkan nilai murni seperti baik hati, tolong menolong, setiakawan, dermawan, budiman, pemurah dan hormat-menghormati untuk dijadikan pegangan dalam kehidupan keharian





PERSOALAN






Berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata
Mengelakkan diri daripada perbalahan

Menuntut ilmu dengan sempurna

Memilih rakan dengan teliti

Memiliki sifat-sifat yang baik dalam diri
Membuat jasa kepada seseorang

Mengelakkan diri daripada perbuatan khianat
Berkata-kata sebelum berfikir akan menyebabkan perbalahan
Seseorang yang gemar berbalah akan menyebabkan hidupnya berdukcita
Jika ilmu yang dituntut tidak sempurna nescaya ilmu itu tidak dapat dimanfaatkan
Rakan yang sama sifat perlu dipilih kerana mereka akan bersama-sama kita
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan

Seseorang yang membuat jasa akan dikenang sepanjang masa
Sesiapa yang berbuat khianat akan dilaknat oleh Tuhan



GAYA BAHASA




Peribahasa
Metafora
Simile

Kata-kata klasik
Kata pinjaman Arab
Telunjuk lurus kelenkeng berkait
Taman pergaulan
Perkataan tajam jika dilepas ibarat beringin, racun dan upas
Upas
Tuhan, laknat



NILAI




Baik hati
Kerajinan

Tolong-menolong
Rasional

Hormat-menghormati

Setiakawan

Mengenang jasa
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan
Jika ilmu yang dituntut tidak sempurna nescaya ilmu itu tidak dapat dimanfaatkan
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan
Berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan perbalahan
Sesiapa yang berbuat khianat akan dilaknat oleh Tuhan
Rakan yang sama sifat perlu dipilih kerana mereka akan bersama-sama kita
Seseorang yang membuat jasa akan dikenang sepanjang masa





PENGAJARAN





Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan persengketaan.
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perbalahan supaya jiwa kita menjadi tenang
Kita hendaklah menuntut ilmu dengan sempurna supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan.
Kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan kerana rakan akan menentukan peribadi kita.
Kita hendaklah berbuat baik kepada seseorang supaya orang akan datang mendekati kita apabila ditimpa kesusahan.
Kita hendaklah berbuat jasa kepada seseorang supaya diri kita akan dimuliakan.
Kita jangan melakukan perbuatan khianat kerana Tuhan akan melaknat kita nanti.

Berkata-kata sebelum berfikir akan menyebabkan perbalahan

Seseorang yang gemar berbalah akan menyebabkan hidupnya berdukcita

Jika ilmu yang dituntut tidak sempurna nescaya ilmu itu tidak dapat dimanfaatkan

Rakan yang sama sifat perlu dipilih kerana mereka akan bersama-sama kita

Seseorang yang berbudi akan dimuliakan



Seseorang yang membuat jasa akan dikenang sepanjang masa

Sesiapa yang berbuat khianat akan dilaknat oleh Tuhan


BENTUK



Rangkap
Bilangan baris serangkap
Bilangan patah perkataan sebaris
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir

18 rangkap
2 baris serangkap
4 – 6 patah perkataan sebaris
8 – 12 suku kata sebaris
aa




MAKSUD SAJAK KUDUP PERANG


MAKSUD SAJAK KUDUP PERANG
Oleh Tuah Sujana


SAJAK
MAKSUD
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?


Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta  membangkitkan perasaan  dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk bangkit  berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya. Dia juga masih dapat  memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul persoalan tentang siapakah pemimpin yang sejati.

Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
rinkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?


Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika konflik dan pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi permusuhan yang menimbulkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Timbul persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.


Sekiranya pejuang tersebut  seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya sebagai seorang panglima yang paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.



Sekiranya pejuang tersebut seperti Jebat, kita tidak boleh melabelkannya sebagai pengkhianat  kerana kita masih mengingati keadilan yang musnah kerana fitnah yang bermaharalela. Ada orang mengaguminya sebagai  tokoh pejuang.

Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.




Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan dengan kepalsuan. Akhirnya, telah mengembalikan kebenaran kepada haknya, memberikan  kesejahteraan  dan melenyapkan perasaan dendam.

Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.


Sampai  penghujung usia
Kita masih bertelagah
Untuk menentukan orang
Yang layak untuk diangkat sebagai pahlawan

Istimewa, 2012
Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd.






MAKSUD SAJAK ERTI HIDUP BEERTI


MAKSUD SAJAK ERTI HIDUP BEERTI
Oleh Teo Wei Sing


SAJAK
MAKSUD
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.





Penyajak sering menghadapi suasana yang sepi setiap hari. Suasana ini meliliti hidup penyajak dan tidak pernah berubah dari hari ke hari. Penyajak tertanya-tanya kerana tiada orang yang datang menziarahinya. Penyajak yang sudah tua mengeluh kesunyian.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.





Kebahagiaan  hidup yang diimpikan  oleh penyajak  hanya angan-angan sahaja  sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari erti kehidupan yang sebenar. Penyajak menanggung penderitaan hidup seorang diri tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan





Penyajak menganggap dirinya tidak  dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar anak-anaknya hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak mengingatkan supaya manusia jangan leka dalam putaran hidup ini kerana manusia akan hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.


MAKSUD SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS


SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Oleh Sazalee Yacob


SAJAK
MAKSUD
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading`




Penyajak menghantar anak gadisnya untuk menikmati udara baharu yang iain daripada udara di kampung yang dikelilingi bendang padi
Udara yang dihirup oleh anak gadinya di kota berbeza sama sekali dengan suasana yang dinikmati semasa anak gadisnya tingggal di kampung
Penyajak meminta supaya anak gadisnya menimba  ilmu dan mengutip segala pengalaman semasa menuntut di menara gading
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal





Penyajak rela untuk melepaskan anak gadisnya
untuk bergerak ke mana-mana dengan bebas
supaya anak gadisnya dapat menempuh segala cabaran dan mengenali pahit getir kehidupan
yang dalamnya memerlukan pertimbangan yang waras berbanding menyerahkan kepada nasib semata-mata
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti






Di kampus yang penuh dengan pelbagai bidang ilmu
terdapat juga tindak tanduk yang menyakitkan diri
Di kampus yang terkenal dengan namanya
terdapat juga perbuatan yang boleh mempengaruhi fikiran
Di kampus yang memerlukan pertimbangan dalam membuat keputusan
terdapat juga keangkuhan yang boleh menghakis budi pekerti
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.



Penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya bijak membawa diri
menempuh segala cabaran yang mendatang
penyajak mengingatkan anak gadisnya supaya tidak pulang dengan kegagalan yang boleh mendatangkan kedukaan kepada anaknya

Belati Cinta Zulaikha, 2004
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM