Wednesday, 29 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (5)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA KEKELUARGAAN

 

1.       Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.

Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.

 
Cadangan Idea

 
a.        Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak

b.        Ahli keluarga yang sihat

c.        Ahli keluarga yang berpendidikan agama

d.        Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik

e.        Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati

f.         Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama

g.        Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala social

h.        Ahli keluarga yang kaya

 

2.       Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan institusi keluarga.

Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.

 
Cadangan Idea

 
a.        Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong

b.        Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian

c.        Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai 
          pandangan orang lain

d.        Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes
          salah laku

e.        Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa

 

3.       Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama yang dapat membina keluarga bahagia

Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

 
Cadangan Idea

 
a.        Ibu  bapa sebagai suri teladan

b.        Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat

c.        Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria

d.        Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang

e.        Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga

f.         Anak-anak yang bersahsiah terpuji

g.        peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara

 

4.       Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.

Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.

 
Cadangan Idea

 
a.        Keluarga menjadi contoh

b.        Keluarga membaca bersama-sama

c.        Keluarga menceritakan bahan yang dibaca

d.        Keluarga mengunjungi pameran buku

e.        Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain

f.         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

 

5.       Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini. 

Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

 
                 Cadangan Idea

 
a.       Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah kalah apabila ditimpa musibah

b.       Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila ditimpa kegagalan

c.       Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah – pembuangan bayi

d.       Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalah yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan dengan wang ringgit dan kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku

 

6.       Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.

Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.

 
Cadangan Idea

a.        Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa

b.        Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa

c.        Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa

d.        Menziarahi ibu bapa di kampung

e.        Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa

f.         Membawa ibu bapa melancong

 

7.       Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu memperkasakan pelajar lelaki.

Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.

 
Cadangan Idea

 
a.        Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan

b.        Mendidik anak-anak bijak membuat keputusan

c.        Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga

d.        Mengasuh anak-anak agar menghargai masa

e.        Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain

f.         Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan

 

8.       Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. 

Ulaskan pernyataan tersebut.

 
Cadangan Idea

 
a.        Memberikan kasih sayang secukupnya

b.        Menyediakan keperluan asas

c.        Memberikan pendidikan dunia dan akhirat

d.        Mengawal p[ergaulan anak-anak

e.        Meluangkan masa bersama-sama mereka

f.         Mendidik mereka agar pandai mengurus masa

g.        Membentuk akhlak mereka

 

9.       Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.

Tulis rencana itu selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 

a.        Memperuntukkan masa untuk bersama-sama keluarga

b.        Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah

c.        Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak

d.        Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak

e.        Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga

 

10.     Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. 

Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastiikan harapan mereka itu tercapai.

 
                Cadangan Idea

 
a.        Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

b.        Mendapat didikan agama yang sempurna

c.        Bergaul dengan orang-orang yang berilmu

d.        Tidak terlibat dalam gejala sosial

e.        Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru

f.         Sentiasa menerima teguran dan nasihat

 

11.    Bersempena dengan Karnival Kokurikulum peringkat sekolah, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan syarahan. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan tersebut. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Gaya Hidup Sihat”
         Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Ibu bapa memastikan keluarga mengambil makanan seimbang

b.        Ibu bapa memantau supaya anak-anak tidak mengambil makanan ringan/makanan segera

c.        Ibu bapa menjadi suri teladan dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti beriadah

d.        Ibu bapa bersukan/beriadah dengan anak-anak

e.        Ibu bapa menggalakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti kokurikulum/sukan lasak

f.         Ibu bapa membawa keluarga menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala

g.        Ibu bapa menyediakan peralatan bersenam di rumah
 
 
Sumber : Soalan -soalan peperiksaan percubaan SPM 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri.

 

KARANGAN SPM 2014 (4)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA ALAM SEKITAR

 

1.        Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

 
Cadangan Idea

 
a.        Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan

b.        Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai

c.        Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial

d.        Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar

e.        Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

 
2.        Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.

 
Cadangan Idea

 
a.        ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula

b.        ibu bapa menunjukkan teladan yang baik

c.        ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah

d.        ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.

e.        Ibu bapa mengajak anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong

 
3.        Kebersihan sangat penting dalam kehidupan.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

 
Cadangan Idea

 
a.        ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula

b.        ibu bapa menunjukkan teladan yang baik

c.        ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah

d.        ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.

e.        Ibu bapa menyediakan tong sampah di rumah

f.         Ibu bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau

 
4.        Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius.

Sebagai pelajar yang prihatin,  kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih

 
Cadangan Idea

 
a.        Menyertai gotong royong di sekolah

b.        Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas

c.        Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan

d.        Mencadangkan kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan

e.        Mengajurkan pertandingan kebersihan kelas

f.         Membuang sampah di dalam tong sampah

g.        Menjaga kawasan taman angkat  - persatuan

h.        Menasihati rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah

i.         Mengelakkan terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah

 
5.        Cadangkan langkah-langkah mengelakkan kejadian tanah runtuh

 
Cadangan Idea

 
a.       Pembangunan di lereng bukit yang terkawal- Pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan  daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

b.        Sistem perparitan yang terancang - Pembinaan parit / longkang yang sesuai dan sempurna

c.        Penguatkuasaan undang-undang

d.       Mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan  /  pembalakan haram.

e.        Pemantauan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

f.         Pembukaan kawasan pertanian secara terancang

g.        Pembinaan benteng konkrit

h.        Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’.
 
 
Sumber : Soalan-soalan percubaan SPM 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

 

KARANGAN SPM 2014 (3)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM BERDASARKAN TEMA


TEMA PENDIDIKAN

 
1.        Huraikan cara-cara menyayangi sekolah.

 
Cadangan Idea

 
·                 i.            Tidak Merosakkan Harta benda Sekolah

 
a.        menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah

b.        menghargai prasarana yang disediakan

c.        kempen antivandalisme

 
·               ii.             Mematuhi Peraturan-peraturan Sekolah


a.        memberi fokus semasa pembelajaran dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta

                                                        mematuhi arahan guru

b.        menjaga imej dan penampilan diri

c.        tidak ponteng sekolah dan kelas-hadir dan pulang menepati masa

d.        menghormati guru, rakan-rakan dan warga sekolah

 
·iii.           Menaikkan Nama Sekolah

 
a.        mematuhi disiplin sekolah

b.        mempertingkat pencapaian  dalam akademik/peperiksaan

c.        bersama menggerakaktifkan aktiviti kokurikulum

d.        berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai

 
2.        Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.         

Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

 
                Cadangan Idea

 
i.                     Memudahkan penguasaan ilmu

ii.                    Dapat berhubung dengan masyarakat dunia

iii.                  Senang mendapat pekerjaan

iv.                   Seiring dengan tuntutan globalisasi

v.                    Memudahkan komunikasi

vi.                   Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat

 

3.        Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.

Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.

 
Cadangan Idea

 
i.                     Membantu guru

ii.                    Menghadiahkan kejayaan dalam peperiksaan

iii.                  Mendoakan kesejahteraan guru

iv.                   Meraikan hari-hari yang bermakna dalam kehidupan guru

v.                    Menziarahi guru

vi.                   Mendengar nasihat dan menghormati guru

vii.                 Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan sopan

 

4.        Sekolah anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia”

Selaku ketua pelajar,  anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak  sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akakdemik, kokuriklum,  sahsiah dan persekitaran fizikal.

 
Cadangan Idea

 
i.                     Akademik


a.                    Menggiatkan kelas tambahan untuk murid peperiksaan awam

b.                    Mengadakan program khas untuk murid bukan kelas awam

c.                    Memperbanyak bengkel dan pendedahan teknik menjawab soalan

 
ii.                    Kokurikulum

 
a.                    Mewujudkan pasukan elit dalam beberapa jenis sukan

b.                    Melibatkan diri dalam pelbagai program daerah

c.                    Konsisten dalam latihan dan kem untuk ahli sukan sekolah

d.                    Menyediakan jurulatih yang berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang


iii.                  Persekitaran sekolah

 
a.        Mengadakan pertandingan keceriaan sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada kelas yang kotor

b.        Gotong-royong peringkat sekolah dan kelas

c.        Memperuntukkan kos untuk keceriaan kelas

 

iv.                   Sahsiah

 
a.        Kem kepimpinan dan jati diri

b.        Anugerah tokoh murid

 

5.        Melanjutkan pelajaran ke IPT setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan idaman setiap remaja.

Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

 
Cadangan Idea

 
a.        Universiti terkemuka / berrtaraf dunia

b.        Terletak di luar negara / dalam negara

c.        Mempunyai bidang pengajian yang diminati

d.        Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik

e.        Prasarana terkini

f.          Kemudahan pangangkutan dan penginapan

g.        Pensyarah yang hebat
 
 
 
Sumber : Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM 2014 dan tahun-tahun lepas antara negeri.

 

Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM