Tuesday, 28 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (2)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA PELANCONGAN

 

1. Semasa cuti persekolahan yang lalu,  anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.

 
Cadangan Idea

 
i.                     Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan

ii.                    Dapat menambahkan pengalaman

iii.                  Dapat mengurangkan stress

iv.                   Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu

v.                    Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas

 

2.   Huraikan faedah melawat tempat bersejarah


Cadangan Idea

 
i.                     Meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah tempatan

ii.                    Menghargai jasa dan pengorbanan seseorang tokoh pejuang tanah air.

iii.                  Menimbulkan semangat cinta akan negara.

iv.                   Kesedaran tentang kezalimanan penjajah menindas penduduk tempatan.

 

3.   Huraikan faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik

 
Cadangan Idea

 
i.                     keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang memutih dan bersih – udara yang nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan

ii.                    banyak tempat menarik dan bersejarah – bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi –  pencakar langit yang disegani – KLCC – Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur.

iii.                  pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan pengangkutan – rangkaian jalan raya yang baik – para pelancong mudah bergerak dan selesa – LRT, komuter, monorel.

iv.                    terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama – pelbagai perayaan disambut – menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini.

 

4.  Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.  Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri  pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
i.                     kerajaan mengadakan promosi

ii.                    kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap

iii.                  kerajaan – mempopularkan seni warisan

iv.                   masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan

v.                    masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.

vi.                   masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi Bahasa

vii.                 swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

 

5.  Industri pelancongan  membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.  Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.

 
Cadangan Idea

 
i.                     Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara

ii.                    Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran

iii.                  Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan

iv.                   Pengaliran masuk mata wang asing

v.                    Pemangkin pembangunan negara

vi.                   Menggalakkan pembinaan infrastruktur

vii.                 Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara

 

6.   Industri pelancongan  merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
i.                      kerajaan mengadakan promosi

ii.                    kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap

iii.                  masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan

iv.                   masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.

v.                    agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

 

7.   Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk maju dalam sektor pelancomgan.  Sehubungan itu,  anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah “ usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan  negara”
Tulis rencana itu selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
i.                     kerajaan mengadakan promosi

ii.                    kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap

iii.                  kerajaan – mempopularkan seni warisan

iv.                   masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan

v.                    masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.

vi.                   Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi Bahasa

vii.                 Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

 

 

8.    Sektor pelancongan antara sektor yang banyak membantu meningkatkan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Negara”
Tuliskan rencana itu selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Dapat memperkenalkan dan mengembangkan industry kraf tangan negara

b.        Dapat mempromosikan makanan tempatan/tradisional pelbagai kaum

c.        Mampu memperkenalkan budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di Malaysia

d.        Mampu memajukan industri kecil dan sederhana

e.        Berupaya mengurangkan kadar pengangguran/membuka peluang pekerjaan

f.         Dapat meningkatkan ekonomi negara melalui tukaran wang asing

g.        Boleh memperkenalkan negara ke seluruh dunia
 
 
 
Sumber : Soalan-soalan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri.

 

KARANGAN SPM 2014 (1)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA REMAJA

 

1.          Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan  wawasan pada tahun 2020.  

Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan negara tersebut

 

                Cadangan Idea

 

i.                     belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam bidang pelajaran- pelajaran dapat melahirkan remaja yang berdaya saing - belajar dalam pelbagai lapangan

ii.                    belajar pelbagai kemahiran- melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus kemahiran – Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Negara, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya.

iii.                  bersiap sedia dengan ilmu kepimpinan – menjadi pemimpin yang berwibawa - memastikan negara terus berkembang dengan pesat - menghadiri seminar motivasi dan belajar kepimpinan di sekolah - menjadi ketua dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum.

iv.                   mempelajari sejarah negara – menanamkan semangat cinta akan negara dalam diri – mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan negara ini menghargai perjuangan mereka-berusaha agar penjajahan tidak berulang lagi.

v.                    mempelajari ilmu agama- menjadi benteng diri - dapat menjauhi gejala yang tidak baik – terlibat dengan penagihan dadah  – bangkai bernyawa – musuh negara-boleh menjejaskan nama baik negara.

 

2.          Remaja kini  berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keingingan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai.

 Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan  untuk menangani tekanan.

 

Cadangan Idea

 

i.                     Melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah

ii.                    Berkongsi masalah dengan ibu bapa / rakan-rakan

iii.                  Melancong bersama keluarga dan rakan-rakan

iv.                   Berjumpa dengan kaunselor / orang berkenaan sekiranya mempunyai masalah

v.                    Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan

vi.                   Berfikiran positif

vii.                 Menghadiri majlis-majlis keagamaan

 

3.          Anda telah menyertai Program motivasi yang telah diarjurkan oleh pihak sekolah.  Pelbagai aktiviti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus  berjaya.

 

Cadangan Idea

 

i.                     membentuk sahsiah diri supaya lebih berdisiplin

ii.                    motivasi untuk belajar lebih  bersungguh-sungguh

iii.                  pengurusan masa yang sistematik

iv.                   membentuk ketahanan fizikal dan mental

v.                    mengasah bakat kepemimpinan

vi.                   menambahkan ilmu pengetahuan

 

4.          Huraikan pendapat anda tentang nilai murni yang harus diamalkan oleh remaja

 

Cadangan Idea

 

i.                     Menghormati ibu bapa

ii.                    Keperihatinan terhadap warga tua

iii.                  Tanggungjwb membantu guru

 

5.          Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.

  Bincangkan.

 

                Cadangan Idea

 

i.                     Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak

ii.                    Menekankan kecemerlangan akademik

iii.                  Penghayatan terhadap ilmu agama

iv.                   Menyelami perasaan atau masalah dialami anak-anak

v.                    Memenuhi keperluan anak-anak

vi.                   Mengenali rakan anak-anak masing-masing

 

6.          Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

 

Cadangan Idea

 

i.                     Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan

ii.                    Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai

iii.                  Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah social

iv.                   Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar

v.                    Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

 

7.          Kebanyakan anak hari ini berdepan dengan pelbagi masalah.  Sehubungan dengan itu anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.

Tajuk rencana tersebut ialah  “Peranan keluarga dalam mebantu anak-anak mengatasi masalah”.  Tulis rencana itu selengkapnya

 

                Cadangan Idea

i.                     Memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi

ii.                    Meluangkan masa dengan anak-anak

iii.                  Keluarga mengawasi perilaku anak-anak

iv.                   Melengkapkan anak-anak dengan ilmu agama

v.                    Menyediakan kemudahan dan keperluan asas yang sesuai di rumah

vi.                   Sentiasa peka dengan masalah yang anak-anak hadapi

vii.                 Bersikap sedia mendengar dan bertolak ansur

viii.                Bercakap dan berbincang dalam suasana lemah lembut

 

8.          Huraikan kepentingan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

 

Cadangan Idea

 

i.                     Sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah

ii.                    Menerapkan nilai kerjasama dalam diri pelajar

iii.                  Mengeratkan hubungan antara rakan sebaya

·         

 

9.          Huraikan ciri-ciri remaja berwawasan

 

Cadangan Idea

 

i.                     melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek

ii.                    menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan

iii.                  berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain

iv.                   generasi muda sekarang perlulah mempunyai sifat keterbukaan

v.                    generasi muda untuk menyiapkan diri dengan kemahiran dan skil-skil yang kontemporari

 

10.       Petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas mengetengahkan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara memanfaatkan usia remaja.

 

Cadangan Idea

 

a.        Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah – program motivasi

b.        Mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala social

c.        Melengkapkan diri dengan pengetahuan agama

d.        Memantapkan diri sebagai seorang pelajar

e.        Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang

f.         Bersedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara

g.        Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran-kemahiran komunikasi, kemahiran insaniah

 

11.       Kes salah laku disiplin seperti vandalism, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan membaca budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab, jelaskan peranan anda dalam memupuk budaya penyayang di sekolah.

 

Cadangan Idea

 

a.        Saya perlu mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah

b.        Saya perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah

c.        Saya perlu menyokong dan menjayakan program budaya penyayang di sekolah

d.        Saya perlu menjadikan diri sebagai suri teladan kepada pelajar lain

e.        Saya perlu menjaga dan menaikkan imej sekolah

 

12.       Remaja hari ini berdepan dengan cabaran dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kecemerlangan merupakan hala tuju setiap pelajar dalam meniti alam persekolahan.

Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

 

Cadangan idea

 

a.        Saya perlu memberikan perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas

b.        Saya perlu menguruskan masa dengan bijak

c.        Saya perlu memperbanyakkan latihan dan ulang kaji

d.        Saya tidak boleh berputus asa sebaliknya tabah dan terus berusaha

e.        Saya perlu mendengar nasihat dan dorongan ibu bapa

f.         Saya perlu mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian

g.        Saya boleh belajar dalam kumpulan

h.        Saya hendaklah patuh pada suruhan agama

i.         Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

j.         Saya perlu membina ciri-ciri kepimpinan dalam diri


Sumber : Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri.

Saturday, 18 October 2014

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT FARIS PETRA

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Faris Petra telah disempurnakan pada 19 Oktober 2014 oleh Tuan Pengetua. BAHASA JIWA BANGSA..

Monday, 13 October 2014

Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM