Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) Bojan Hodak dari Croatia telah secara rasmi dilantik sebagai jurulatih pasukan bola sepak Kelantan menggantikan Peter James Butler yang telah dipecat oleh pengurusan KAFA beberapa hari lalu. Keputusan memilih Bojan dipersetujui sebulat suara oleh pengurusan pasukan negeri yang dipengerusikan oleh Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA malam tadi. SELAMAT BERTUGAS.
Sunday, 4 March 2012
Saturday, 3 March 2012
ISTIREHAT ATAU ISTIRAHAT...?
Kekeliruan ejaan 'istirehat' atau 'istirahat'
Ejaan yang tepat ialah istirahat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab, istirahat yang bermaksud rehat dan beristirahat bermaksud berehat. Contoh ayat, Waktu istirahat ialah pukul 1.00 tengah hari.
Setelah penat bekerja, dia beristirahat sejenak.
AGUNG ATAU AGONG...?
Kekeliruan ejaan 'agung' dan 'agong'
Dalam bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vokal 'a' akan berpasangan dengan vokal 'u' (a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja 'agung', contohnya mesyuarat agung, seniman agung, pemimpin agung dan perhimpunan agung, tetapi ada kekecualian hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vokal 'o' untuk kata agong.
MU MAMPU TUMPASKAN SPURS....?
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah mula mencongak peluang The Red Devils menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.
Andai mampu melakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford Isnin ini, Ferguson percaya anak-anak buahnya mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim ini.
PELUMBA NEGARA MAMPU BERSAING...
HARRIF (kiri) bersama Zamri berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing pada perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai, Terengganu semalam. |
KEJAYAAN pelumba pasukan Terengganu Pro Asia (TSG), Mohd. Harrif Salleh muncul naib juara pada perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam dianggap satu keputusan yang membanggakan.
Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pelumba Malaysia pada saingan LTdL 2012 setakat ini.
(Sumber : Kosmo Online - 3/3/2012)
(Sumber : Kosmo Online - 3/3/2012)
SALJI TURUN DI MASJID AL-AQSA
TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam. |
BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun. Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji turun di bandar ini pada musim sejuk 2008.
(Sumber : Kosmo Online - 3/3/2012)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor...
-
ISU - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia Idea pengangkutan awam mampu mengurangkan ...