Wednesday 29 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (11)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA SEMANGAT PATRIOTIK


1.       Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk ‘Penerapan Semangat Patriotik Dalam Kalangan Generasi Muda Kini’. 

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Cadangan Idea

a.        Kata alu-aluan dan tajuk ceramah

b.        Maksud patriotik

c.        Cara penerapan – cerita, aktiviti, filem, kempen

d.        Kesan – naikkan semangat majukan negara, nilai cinta negara, semangat berpasukan dan perpaduan

e.        Harapan


2.       Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.

Cadangan Idea

a.        Mempelajari mata  pelajaran sejarah dengan penuh minat

b.        Menonton filem tentang sejarah negara

c.        Membaca buku sejarah negara

d.        Mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara

e.        Mengunjungi tempat-tempat bersejarah di pelbagai negeri

f.         Menyertai sambutan kemerdekaan negara


3.       Anda telah mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan pidato peringkat daerah. Tajuk pidato anda ialah “Tanggungjawab Ibu Bapa Memupuk Semangat Patriotik dalam Jiwa Anak-anak’.

Tuliskan teks pidato itu selengkapnya.

Cadangan Idea

a.        Ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak peri pentingnya semangat patriotik

b.        Ibu bapa membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah

c.        Ibu bapa menyediakan buku-buku/bahan bacaan/ visual yang berkaitan sejarah dan kenegaraan

d.        Ibu bapa menceritakan jasa/pengorbanan tokoh-tokoh pemimpin/pejuang kemerdekaan

e.        Ibu bapa menggalakaan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti bertemakan semangat patriotic



TEMA KEMASYARAKATAN


1.       Semangat kejiranan yang semakin luntur telah menyebabkan timbulnya berbagai-bagai masalah dalam masyarakat.

Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya.

Cadangan Idea

                  Faktor-faktor

a.        Perubahan pola/gaya hidup/ kesibukan dengan kerjaya

b.        Kemajuan dalam bidang teknologi

c.        Kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan hidup berjiran/ masyarakat bersifat individualistic

d.        Jurang status sosioekonomi

e.        Semangat perkauman yang masih menebal


  Cara-cara mengatasi

a.        Ibu bapa perlu menyuburkan amalan kejiranan dalam kalangan anak-anak sejak kecil

b.        Ibu bapa perlu membawa/menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kejiranan seperti aktiviti gotong-
          royong, kenduri-kendara

c.        Masyarakat menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan kediaman – Rukun
          Tetangga, Sistem Rondaan Sukarela (SRS), Rakan Cops

d.       Masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat seperti tolong-menolong,
         ziarah-menziarahi

e.        Kerajaan memperbanyakkan penganjuran program kemasyarakatan peringkat kebangsaan seperti majlis
          rumah terbuka


2.       Statistik di atas menunjukkan bahawa tidak kurang daripada 47 kemalangan telah dilaporkan berlaku pada setiap hari di lebuh raya tidak termasuk jalan-jalan lain.

Selaku rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah berkesan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Cadangan anda hendaklah dihuraikan dan disertai oleh bukti yang kukuh.

Cadangan idea

a.        Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas lagi

b.        Pihak kerajaan perlu mengetatkan syarat untuk mendapatkan lesen memandu

c.        Pasukan peronda polis dan JPJ perlu membuat pemantauan secara berterusan di jalan-jalan yang berisiko
          berlakunya kemalangan

d.        Masyarakat perlu mengubah sikap ketika memandu

e.        Masyarakat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya

f.         Masyarakat perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memandu

g.        NGO perlu melancarkan kempen pemanduan berhemah

h.        Swasta perlu memastikan supaya jelan raya sentiasa berada dalam keadaan baik



TEMA SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


1.      Huraikan pendapat anda tentang peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kehidupan

Cadangan Idea

a.        Dapat berkongsi pendapat

b.        Dapat memperoleh maklumat

c.        Dapat menjanakan pendapatan

2.      Huraikan pendapat anda tentanf kebaikan-kebaikan laman social kepada masyarakat.

Cadangan idea

a.        Mengeratkan hubungan

b.        Menjual produk

c.        Berkongsi maklumat
Sumber: soalan-soalan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

KARANGAN SPM 2014 (10)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA KEPENGGUNAAN

 

1.       Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Kempen secara berkala, besar-besaran

b.        Pelaksanaan saham-saham amanah

c.        Penerapan dalam mata pelajaran di sekolah

d.        Kedai Rakyat 1 Malaysia dan kewujudan koperasi di merata tempat

e.        Bekerjasama dengan pelbagai agensi separa kerajaan dan swasta dalam menggalakkan aktiviti menabung
          seperti  kelab TAHA, Kelab NURI, Kelab Penabung Bijak dan kempen menyimpan wang saku lebihan

f.         Mewujudkan pertandingan menulis esei, melukis poster dan sebagainya.

 

2.      Huraikan kepentingan amalan berjimat cermat

 
Cadangan Idea

 
a.        Membantu ketika susah

b.        Simpanan masa depan

c.        Melahirkan pengguna yang bijak

d.        Menabung untuk masa depan

 

3.      Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia

 
Cadangan Idea

 
a.        Meningkatkan kemahiran

b.        Bantuan dan galakan

c.        Memasarkan produk

 

4.       Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.

Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.

 
Cadangan Idea

 
a.        Mudah digunakan semasa kecemasan

b.        Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan segera

c.        Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan

d.        Melebarkan  kenalan dan merapatkan  hubungan silaturahim

e.        Mempunyai pelbagai fungsi yang menyenangkan pengguna

 

5.       Huraikan usaha-usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia

 
Cadangan Idea

 
a.        Mengadakan kempen berterusan

b.        Meningkatkan kualiti barangan

c.        Memperluas perniagaan / ekspo

d.        Mengadakan jualan murah

·         

6.       Kerajaan menggalakkan  rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.  Huraikan kebaikan-kebaikan mengunakan barangan buatan tempatan

 
Cadangan Idea

 
a.        Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara

b.        Harga murah / berpatutan

c.        Barangan berkualiti / setanding atau lebih baik daripada barangan import

d.        Meningkatkan pendapatan peniaga

e.        Ekonomi negara meningkat

f.         Mewujudkan peluang pekerjaan

 

7.       Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

 
Cadangan Idea

 
a.        Memberikan bantuan modal – untuk mulakan perniagaan

b.        Menganjurkan pelbagai kursus – perniagaan, pertanian, kraf tangan

c.        Memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam pertanian dan penternakan

d.        Memberikan bantuan perumahan – kos rendah – Perumahan 1 Malaysia (PRIMA)

 

8.       Kebiasaan mengambil makanan segera menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis satu rencana yang akan disiarkan dalam akhabr tempatan yang bertajuk “Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan segera secara berlebihan”.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Masalah obesiti

b.        Masalah penyakit kronik

c.        Ketagihan pada makanan segera

d.        Tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang

e.        Perbelanjaan keluarga meningkat

f.         Makanan tradisional dipinggirkan
 
 
Sumber : soalan-soalan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

 

KARANGAN SPM 2014 (9)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA BANGUNAN BERSEJARAH

 

1.      Peninggalan sejarah dan warisan  budaya merupakan aset yang perlu dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.

Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.

 
Cadangan Idea

 
I. Kerajaan

 
a.        Mengadakan kempen

b.        Membuat promosi / pameran  tinggalan sejarah

c.        Mengenakan denda kepada pihak-pihak yang merosakkan kesan tinggalan sejarah

d.        Mengadakan muzium khas

e.        Mengadakan aktiviti membersih dan memelihara tinggalan sejarah – seperti bangunan, kenderaan lama,
          artifak dan sebagainya

 
ii. Masyarakat

 
a.        Mendidik anak-anak mencintai sejarah negara

b.        Melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya menemui bahan  tinggalan sejarah

 
iii. Media massa

 
a.        Mendedahkan kepentingan bahan tinggalan sejarah kepada negara - dokumentari

 

 

TEMA JENAYAH

 

1.       Kejadian jenayah seperti ragut, culik dan pembunuhan di negara kita semakin membimbangkan banyak pihak.

Tulis sebuah rencana yang bertajuk “Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah”.

 
Cadangan Idea

 
a.        Melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa

b.        Menubuhkan rukun tetangga

c.        Mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh media massa/ kerajaan

d.        Memberikan pendidikan agama kepada keluarga

e.        Memantau aktiviti ahli keluarga

f.         Membina hubungan yang baik dalam komuniti

g.        Membantu mangsa jenayah

h.        Mempelajari seni mempertahankan diri

i.         Mengelakkan diri daripada terlibat dengan pinjaman wang daripada syarikat yang tidak berlesen

 

2.       Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.

Tuliskan wawancara itu selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Masyarakat prihatin tentang penderaan dalam kalangan tetangga

b.        Melaporkan kepada pihak berkenaan dengan segera

c.        Mendidik anak-anak dengan kasih sayang

d.        Memberikan pendidikan agama kepada anggota masyarakat

e.        Menyokong kempen yang dilancarkan oleh kerajaan

f.         Menghidupkan kembali budaya dan semangat kejiranan
 
 
Sumber : soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

 

 

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...