Friday 7 October 2011

CERPEN BIARKAN SAMUDERA



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN BIARKAN SAMUDERA KARYA RAIHANAH SALLEH

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Tema
Konflik jiwa seorang remaja
Konflik jiwa yang dihadapi oleh Amirah (Mir) kerana rumah ayahnya akan dirobohkan untuk dijadikan kawasan peranginan. Mir sering memikirkan nasib yang akan dialaminya kesan daripada kehilangan rumah tersebut. Mir terpaksa dipulihkan dengan bantuan Hakimah





Persoalan

Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar
Bapa Mir telah kehilangan pekerjaan kerana laut yang menjadi sumber pendapatannya telah tercemar akibat pembangunan yang dilakukan
Persoalan kasih sayang terhadap bapa
Mir sentiasa memikirkan tempat ayahnya akan tinggal nanti jika rumah mereka akan dirobohkan
Persoalan pembangunan tanpa mengorbankan alam sekitar
Pembangunan boleh dilakukan tetai tidak mengorbankan keindahan alam sekitar
Persoalan kepentingan mendekati agama untuk ketenangan diri
Ibu Hakimah sentiasa menasihati Mir supaya mendekatkan diri kepada Allah supaya jiwanya menjadi tenang
Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Hakimah ikhlas membantu memulihkan Mir daripada tekanan perasaan yang dialaminya
Persoalan tanggungjawab untuk membantu meringankan beban
Hakimah dan ibunya bertanggungjawab membantu Mir supaya Mir kembali seperti sediakala
Watak & perwatakan


Mir
Seorang yang penyayang
Mir sangat menyayangi ayahnya dan sentiasa memikirkan nasib ayahnya jika rumah mereka dirobohkan
Seorang yang tabah
Mir tabah mengharungi cabaran hidup tanpa kasih sayang seorang ibu sehingga menjaya menjejak kaki ke universiti
Seorang yang suka menyendiri
Mir suka menyendiri dan mengasingkan dirinya daripada orang ramai kerana tekanan perasaan yang dialaminya
Seorang yang gigih
Mir gigih meneruskan pembelajaran walaupun dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya
Watak & perwatakan

Hakimah
Seorang yang baik hati
Hakimah cuba membantu memulihkan tekanan perasaan yang dialami oleh Mir
Seorang yang ikhlas
Hakimah ikhlas bersahabat dengan Mir dan sentiasa berada di sisi Mir apabila diperlukan
Seorang yang prihatin
Hakimah membawa Mir pulang ke rumahnya untuk berjumpa dengan ibunya
Watak & perwatakan

Ibu Hakimah
Seorang yang baik hati
Ibu Hakimah menghadiahkan kepada Mir telekung dengan harapan Mir dapat mendekatkan diri dengan Tuhan
Seorang yang prihatin
Ibu Hakimah cuba menasihati Mir agar menerima suratan takdir dan mendekatkan diri kepada Tuhan
Seorang yang patuh pada ajaran agama
Ibu Hakimah sentiasa mengingatkan Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu



Latar masa
Hari Sabtu
Hakimah mengajak Mir berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran Mir
Waktu hujan
Ketika itu Mir kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya


Latar tempat
Laut/ samudera
Tempat ayah Mir mencari rezeki sebagai nelayan
Di rumah Hakimah
Hakimah membawa Mir pulang ke rumahnya semasa cuti semester
Di kampung Mir
Bapa Mir tinggal di rumah panjang di kampung
Di kampus
Tempat Hakimah dan Mir belajar


Latar masyarakat






Masyarakat yang mengalami tekanan perasaan
Mir mengalami tekanan perasaan kerana memikirkan nasib ayahnya yang kehilangan tempat tinggal dan kehilangan pekerjaan sebagai nelayan
Masyarakat yang ikhlas membantu
Hakimah dan ibunya ikhlas membantu memulihkan Mir yang mengalami tekanan perasaan
Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama
Ibu Hakimah mengingatkan supaya Hakimah mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu
Masyarakat yang prihatin
Hakimah dan ibunya prihatin akan masalah yang dihadapi oleh Mir dan berusaha membantu memulihkan Mir
Masyarakat yang penyayang
Mir menyayangi ayahnya dan sentiasa memikirkan nasib yang akan dihadapi oleh ayahnya





Nilai
Tanggungjawab
Hakimah dan ibunya bertanggungjawab memulihkan Mir daripada tekanan perasaan
Ketabahan
Mir tabah menghadapi cabaran hidup sehingga mampu pulih daripada tekanan perasaan yang dialaminya
Kasih sayang
Mir menyayangi ayahnya dan sentiasa memikirkan nasib ayahnya apabila rumah mereka akan dirobohkan
Prihatin
Ibu Hakimah prihatin akan masalah yang dihadapi oleh Mir dan meminta Hakimah membawa Mir pulang ke rumah mereka
Ketaqwaan
Mendekatkan diri kepada Allah merupakan jalan terbaik untuk ketenangan jiwa







Pengajaran
Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan
Hakimah dan ibunya membantu memulihkan tekanan perasaan yang dialami oleh Mir
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
Mir menyayangi ayahnya dan sentiasa memikirkan nasih ayahnya apabila rumah mereka akan dirobohkan
Kita hendaklah melakukan pembangunan tanpa mengorbankan alam sekitar
Pembangunan perlu dilakukan tanpa mengorbankan alam sekitar supaya alam sekitar terus terjaga
Kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah supaya jiwa menjadi tenang
Ibu Hakimah sentiasa menasihati Mir supaya mendekatkan diri kepada Allah supaya jiwa menjadi tenang dan pulih daripada tekanan perasaan
Kita hendaklah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian hidup supaya kita tidak bertindak di luar batasan
Mir tabah menghadapi permasalahn hidupnya sehingga dia berjaya memulihkan tekanan perasaan yang dialaminya


Gaya Bahasa
Peribahasa
Hati perut
Hiperbola
Aku bercakap dengan ombak dengan samudera
Repetisi
Berpintal-pintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung
Simile
Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir
Sinkof
Kau, ku dan tak



No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...